WOHOWO
Mencari Pendapatan Sampingan Yang Halal, Sah & Berkekalan? 96% Penduduk Yang Mengidamkan Pendapatan Tambahan Dari Rumah GAGAL dan 87% Daripadanya TERKANDAS Lepas 3 Tahun Mencuba.
Pelajari Teknik Paling Berkesan Usahawan Berpengalaman Agar Anda Tidak Terus-Menerus Melakukan Kesilapan.
.
Klik Sini untuk Bengkel Adsense WOHOWO Januari, 2011
Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera,
Konsep pendapatan sampingan dari rumah memang betul-betul wujud. Saya sendiri mula menjana pendapatan tambahan dari rumah sejak tahun 2007, tahun yang sama anak sulung saya bernama Hafiy Al-Fateh dilahirkan.
Seperti orang lain, saya mula buat duit online dengan Google Adsense. Setelah hampir setahun mencuba, pendapatan Google Adsense berjaya saya kembangkan kepada USD524.18 sebulan (MYR1,834.63), dan kelihatan terus meningkat saban tahun.
Pada masa yang sama, saya mula menceburkan diri dalam penjualan produk affiliate (klik sini kalau nak tahu apa itu affiliate) perlahan-lahan. Hasil kerja keras dan dorongan orang tersayang, saya berjaya meraih komisen USD5,535.38 (MYR17,436.45) untuk salah satu produk affiliate yang saya ceburi.
Dengan ilmu dan pengalaman yang diperolehi, saya cuba memasarkan produk sendiri (tanpa menggunakan sebarang khidmat affiliate sehingga kini) pada tahun 2009. Hasilnya? Jauh mengatasi jangkaan jualan peribadi dengan pulangan berganda!
Sudah tentu ada banyak lagi sumber pendapatan online yang boleh saya tonjolkan; seperti affiliate produk lain, hasil jualan ruang iklan di laman web dan blog, jumlah bayaran untuk artikel yang ditulis dll, tapi untuk apa? Bukan tujuan saya untuk menunjuk-nunjuk apetah lagi membangga diri dengan kurniaan ilahi. Cukup sekadar mengambil perhatian anda untuk terus membaca dan menggarap apa yang saya mampu tawarkan di sini.
Siapa sangka ibu bekerja yang sibuk mengurus dua anak lelaki (lagi satu bakal lahir 3 bulan lagi) tanpa pembantu rumah boleh menjana duit sebanyak ini daripada Internet? Jika dilihat kembali, saya pun terkejut. Tapi apa yang pasti, buat duit online memang betul-betul wujud.
Atas desakan kenalan rapat, rakan blogger dan sahabat handai, saya catatkan perjalanan buat duit online untuk dikongsi dengan sesiapa yang berminat. Menjadi harapan saya agar lebih ramai ibu dan muslimah di Malaysia berdikari dengan pendapatan sendiri.
Maka wujudlah bengkel WOHOWO yang kini hangat diperkatakan.
Idea disebalik workshop WOHOWO timbul apabila saya menerima terlalu banyak permintaan berkenaan buat duit sampingan. Walaupun pada mulanya saya akui sangat keberatan untuk berkongsi cara buat duit online dengan orang umum kerana takut dituduh yang bukan-bukan (seperti berlagak, sombong, riya, penipu, scam etc), saya pasrah bila rakan terdekat mengingatkan boleh dijatuhkan hukum fardhu kifayah untuk berkongsi ilmu yang ada.
Workshop WOHOWO yang pertama diadakan untuk julung-julung kalinya pada 31 Oktober, 2010. Setakat ini, peserta-peserta yang menyertai workshop WOHOWO sangat berpuas hati dengan apa yang mereka perolehi. Bagi saya, RM70 untuk sesi asas buat duit dari rumah sudah terlalu murah berbanding produk digital ataupun seminar yang lain; dapat makanan dan minuman percuma lagi.
Dalam workshop WOHOWO 101, akan saya kongsikan psikologi dan kekuatan mental yang diperlukan untuk menjana pendapata dari rumah, asas-asas bagaimana orang mendapat beribu ringgit daripada Internet, serta pelan tindakan yang diperlukan untuk berjaya.
Bersama dengan rakan kongsi; Mommy Asie, yang sangat berpengalaman tentang teknik buat duit dari rumah dengan jual-beli barangan China, akan kami kongsikan juga bagaimana nak untung beribu ringgit menjual produk China.
Anda rasa dah tahu semua ini tapi masih keliru bagaimana nak mula?
Sertai program WOHOWO 102 dan 103 kami yang menjurus kepada pengkhususan langkah demi langkah serta strategi buat duit sampingan dari rumah. Menjadi hak anda sama ada anda ingin mengikuti kursus buat duit online bersama saya atau pun buat duit dengan barang China bersama Mommy Asie. Tidak kira workshop yang mana pun, pastikan ianya betul-betul sesuai dengan cara hidup, kebolehan peribadi atau pun kecenderungan anda.
Apa bezanya WOHOWO dengan bengkel buat duit yang lain?
Saya tidak layak memperkatakan tentang produk orang lain. Tapi,
Dari pemerhatian dan survey yang kami lakukan, harga yang ditetapkan untuk menyertai bengkel ini antara yang termurah (jika bukan yang paling murah) di pasaran. Sebab utamanya ialah lokasi bengkel bukan di hotel atau tempat-tempat mahal yang lain. Sebaliknya di Scriptory Box, Puchong yang mengenakan caj yang sangat rendah. Kami salurkan penjimatan tersebut kepada peserta.
Kedua, perkongsian ini adalah daripada ibu dan isteri yang terlibat sendiri dalam industri buat duit online dan borong barang China. Oleh itu, perkongsian pengalaman kami sangat dekat dengan golongan ibu dan isteri yang inginkan pendapatan sampingan. Malah, peserta bebas bertanyakan soalan yang membelenggu diri mereka selama ini kepada mereka yang sudah melaluinya sendiri.
Dan, setiap peserta berpeluang mendapatkan Ebook Mommy Cash yang mengandungi pelbagai cara buat duit dari Internet serta langkah-langkah permulaan yang diperlukan. Ebook ini dijual dengan harga RM30 dan sangat terhad kepada beberapa pembeli sahaja. Anda bakal mendapatkannya PERCUMA. Paling penting, sudah ada pembaca yang buat duit online selesai membacanya.
Terus terang saya katakan, saya tidak perlukan wang anda untuk terus hidup. Saya rasa anda pun sedar masa yang saya luangkan untuk bengkel WOHOWO ini jauh lebih menguntungkan sekiranya digunakan untuk terus menggandakan wang online sendiri.
Jadual peribadi yang sangat ketat juga memaksa saya menghadkan jumlah sesi. Namun, atas kesedaran ingin memberi peluang kepada yang berminat, saya korbankan masa agar tanggungjawab sesama insan dapat saya penuhi.
Apa yang anda tunggu lagi? Sertai kami dalam bengkel seterusnya bulan Februari nanti. Jika berminat, masukkan nama, emel & no tel anda di bawah. Akan saya ingatkan anda jika ada kekosongan untuk bengkel WOHOWO dalam masa terdekat.
Klik Sini untuk Bengkel Adsense WOHOWO Januari, 2011
Semoga berjaya!
.
Mommy Lyna & Mommy Asie
Pengasas Bengkel WOHOWO











