Tips memilih domain yang bakal anda baca sebentar saja lagi merupakan pemerhatian daripada beberapa ujikaji online yang saya lakukan. Tips memilih domain ini tidak terhad kepada laman web perniagaan, web jualan mahu pun blog; tetapi untuk apa juga kegunaan yang boleh membantu anda buat duit online seperti forum, direktori, enjin carian dsb.
Dot Com Terpendek
Kalau boleh, sangat-sangat saya sarankan supaya anda membeli domain dot com paling pendek. Paling pendek ini boleh jadi satu suku kata (seperti Golf.com) atau dua suku kata (seperti Super.com). Anda boleh saja membeli domain tentang nama anda (seperti Hafiy.com) atau apa-apa yang tidak berkaitan (seperti Kuko.com).
Tahukah anda GolfGo.com kini dijual dengan harga USD7,000. Malah, Hota.com; yang mungkin nama entah apa-apa pada pandangan mata kita, kini dijual dengan harga USD65,600. Jika anda yang membeli domain ini pada harga USD10 (yang ramai orang Malaysia asyik cakap mahal), keuntungan melebihi 650,000%!
Kelebihannya terletak pada nama singkat yang sangat mudah diingati. Cuba perhatikan, domain enjin carian juga tidak lebih dari dua suku kata (Yahoo.com, Google.com, Bing.com). Malangnya, domain seperti ini sangat jarang yang tinggal & belum dimiliki.
Domain Berkaitan Kata Kunci
Tips memilih domain sebegini berkait rapat dengan kata kunci yang seringkali digunakan oleh pelayar Internet. Sebagai contoh, dianggarkan lebih 6,600 pelayar Internet menggunakan kata kunci “jutawan emas”. Oleh kerana domain JutawanEmas.com sendiri sudah ada kata kunci tersebut, pasti Google dan enjin carian lain meletakkan laman web atau blog terbabit ranking NO 1 berbanding laman web yang lain.
Kesannya, hampir pasti laman web atau blog JutawanEmas.com mendapat sekurang-kurangnya 6,600 trafik sebulan atau 220 pelawat sehari tanpa perlu susah payah memasarkannya. Tambahan pula, trafik sebegini berkualiti tinggi. Justeru, kemungkinan untuk produk terjual atau iklan terklik sangat tinggi.
Katakan 6,600 pelawat yang datang ke blog JutawanEmas.com menghasilkan 10,000 page view, dengan 0.2% CTR (Click-Through-Rate) dan Nuffnang membayar RM0.25 untuk setiap klik JutawanEmas.com hampir pasti menjana sekurang-kurangnya RM5 sebulan dari Nuffnang tanpa perlu bersusah payah menggunakan teknik pemasaran online.








{ 9 comments… read them below or add one }
hehehe.. Alom, bagaimana pula dengan http://www.yoursupermom.com?
hahhahahha! sibuk je nak tanya jugak kat sini …
Eh, ok ape. apa2 yang super yg best! Hahahaha…
info yang berguna ..
Baru buat satu…just launch on 5 Feb 2011… ok ke
http://www.jemariemas.com
Kalau memang ada orang yang cari Guna kata kunci “jemari emas” atau yang seangkatan dengannya, domain tersebut boleh mula dapat pelawat hampir serta merta…
mcmana nak pilih sbb ada byk syarikat yg menawarkan domain
pd harga yg berbeza2.
Pilih yang boleh dipercayai. Kalau worldwide banyak orang pakai GoDaddy
kalau kean domainnya, memang senang dah nanti..nak buat
duit ke nak itu ke..senang aje kerja nanti..
Macam mana nak bagi pengunjung yang datang ke website kita berbayar..maknanya dia masuk je page kita kita akan dapat duit.apa yangperlu saya daftar