Google Adwords macam tidak berapa popular dikalangan peniaga internet di Malaysia. Mungkin kerana ramai peniaga internet kecil-kecilan Malaysia tidak percaya dengan keperluan membayar untuk setiap klik yang belum tentu menghasilkan sebarang jualan. Sedangkan masyarakat barat sangat sukakan kaedah promosi menerusi Google Adwords.
Apa itu Google Adwords
Google Adwords diwujudkan bagi membantu peniaga atau pengusaha memasarkan produk mereka menerusi Internet. Iklan yang peniaga atau pengusaha tetapkan akan terpapar di enjin carian untuk setiap kata kunci yang mereka sasarkan. Jika pelayar Internet gemarkan iklan tersebut, mereka anda klik pada link terbabit; yang mana pelawat akan dibawa ke laman web pengiklan.
Seterusnya, pelawat yang berminat akan membeli jika mereka sukakan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Selain mengiklankan produk atau perkhidmatan di enjin carian, pengiklan juga boleh mengiklankan produk mereka di laman web atau blog orang lain menerusi program Google Adsense (dalam akaun Google Adwords, pilih “ads for content”).
Kelebihan Google Adwords
Pengiklan hanya perlu membayar jika ada orang klik pada iklan mereka. Tidak kira berapa kali pun iklan tersebut terpapar di enjin carian atau blog orang lain, pengiklan tak perlu risau membelanjakan duit untuk trafik yang belum datang ke blog mereka.
Jika betul caranya, pelawat yang datang ke laman web atau blog pengiklan adalah jenis berkualiti tinggi, bukan jenis “saya datang blog saudari, nanti saudari datang la ke blog saya pula”. Oleh itu, kemungkinan mereka membeli produk adalah sangat tinggi.
Kelemahan Google Adwords
Tanpa strategi yang kukuh, anda boleh rugi besar dengan Google Adwords. Sebagai contoh, hasil jualan daripada trafik Adwords adalah RM376 tapi perlu membayar Google RM6,421 untuk semua klik yang anda perolehi. Sadis bukan?
Ini boleh terjadi jika anda gunakan pilihan kata kunci atau kombinasi kata kunci yang salah, teknik penulisan iklan yang kurang tepat atau pun strategi bayaran setiap klik yang terlalu mahal semata-mata mendapatkan posisi iklan teratas.
Kunci kejayaan buat duit dengan Google Adwords betul-betul terletak kepada kebolehan pengiklan menyesuaikan trafik berbayar dengan produk yang cukup menguntungkan. Tambahan pula, polisi Google Adwords yang selalu berubah-ubah memaksa pengiklan kekal dinamik bagi menyeimbangkan kehendak Google dan bakal pembeli.







{ 2 comments… read them below or add one }
Salam Hafy… U ada tak panduan yang boleh dikongsi dengan
saya sbb saya baru nak cuba buat marketing menggunakan Adword nie.
Ada org kata boleh burstkan sale…. Harap sapat
membantu…
Produk berkaitan adwords belum release lagi, huhu. Tapi lebih elok anda belajar dulu pro & cons, jangan dengar cakap2 orang je