Permohonan Adsense Ditolak. Tips Mendapat Kelulusan Segera

by Mommy Lyna

Saya ada menerima luahan hati pembaca yang permohonan Adsense mereka ditolak oleh Google. permohonan adsense ditolakJika anda juga mengalami perkara yang sama, apa yang anda perlu buat hanyalah cuba memohon lagi sekali.

Tapi kali ini, jangan memohon menggunakan laman web atau blog yang sama seperti permohonan pertama yang ditolak.

Berikut adalah ciri-ciri yang sangat mudah mendapat kelulusan.

Bahasa Inggeris

Seperti yang anda tahu, blog bahasa Inggeris lebih sesuai berbanding blog bahasa Melayu kalau nak buat duit online. Walaupun tidak dinafikan ada yang berjaya mendapat kelulusan menggunakan blog bahasa Melayu, kesukaran timbul jika Google tak jumpa pengiklan yang sesuai dengan blog anda. Dalam erti kata lain, masih tak ramai pengiklan bahasa Melayu bersama Google berbanding bahasa Inggeris. Jalan paling selamat, mohon Adsense dengan blog bahasa Inggeris.

Banyak Pengiklan

Ada sesetengah ‘niche’ atau pasaran yang lebih banyak pengiklan berbanding penerbit (publisher). Penerbit di sini bermaksud laman web atau blog yang memaparkan iklan Adsense. Dan ada juga pasaran yang jumlah penerbit lebih banyak berbanding pengiklan.

Dan jika laman web atau blog yang anda gunakan untuk memohon akaun Adsense jatuh dalam kategori kedua, berkemungkinan besar akaun anda ditolak walaupun dibina dalam bahasa Inggeris. Sebabnya, sukar untuk Google membahagi-bahagikan iklan Adsense yang terhad untuk jumlah penerbit yang sangat banyak.

Isi yang Unik & Berkualiti

Sangat kerap terjadi kepada rakyat Malaysia yang copy-paste artikel daripada laman web orang lain ke dalam blog miliknya. Lebih naif, golongan ini masih meletakkan harapan yang tinggi untuk buat duit berjuta ringgit daripada Adsense sedangkan Google pasti tolak permohonan sebegini.

Cuba fikir sejenak, jika Google sudah meluluskan permohonan Adsense pemilik laman web tersebut, mengapa mereka perlu meluluskan permohonan orang lain untuk artikel yang sama? Sedangkan apa yang mereka cari ialah kepelbagaian artikel berdasarkan idea yang berbeza-beza untuk disesuaikan dengan pengiklan yang bersesuaian?

permohonan adsense diluluskan segeraTIPS: Laman web yang saya sendiri gunakan untuk memohon akaun Google Adsense berkaitan industri kewangan. Tak sampai 12-jam, akaun Adsense saya diluluskan. Antara sebab utama ialah terlalu banyak pengiklan dalam industri ini tapi tak ramai yang mampu memperkatakannya.

Jika anda inginkan akaun Adsense dengan kadar segera, cuba bina blog berkaitan industri kewangan.

Pastikan blog tersebut memiliki 5-10 artikel berkualiti tinggi dalam bahasa Inggeris sebelum memohon semula menggunakan akaun Google yang berbeza. Kemudian, kongsikan kisah gembira kelulusan Adsense anda di sini :)

Langgan melalui RSS atau Emel:

{ 3 comments… read them below or add one }

Bibi January 4, 2011

ohh camtu rupanya…kena perbaiki aspek penulisan blog dulu
laa kalo camtu. taklehmain rembat je apa nak tulis ek…..tq for
the tips ;)

Reply

Noridah January 14, 2011

oh jadi niche blog saudari yang ada adsense tu tentang financial la ye…..Page impressions dalam sebulan selalunya berapa?

Reply

Mommy Lyna January 14, 2011

ya, blog tentang kewangan. page impressions tak banyak langsung pun masa tu, dalam 50-100 page views sehari je. tapi kalau setakat nak mohon akaun Adsense, tak perlu kisah sangat pasal page impression tu; janji isi blog sesuai dengan cita rasa Google.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: