Kini, sesiapa pun boleh bina blog sendiri. Di sebalik kenyataan ini, kebanyakan peniaga offline (seperti pemilik kedai, CEO syarikat & ejen jualan) masih belum memiliki blog berkaitan industri perniagaan mereka. Antara alasan utama, hasil jualan mereka bukan daripada Internet. Akan tetapi, keadaan pasti berubah sejajar dengan peningkatan kepenggunaan Internet di kalangan rakyat Malaysia.
Pelanggan Kenal Pemilik
Saya sangat suka membeli barang atau perkhidmatan daripada orang yang saya kenal. Dengan adanya Internet, kenalan saya juga bertambah. Dan kaedah mengenali seseorang melalui Internet bukan sekadar rupa dan pekerjaannya saja. Akan tetapi, mengenali keperibadian, kematangan dan pegangan hidup seseorang.
Dengan blog, pelanggan biasanya membeli daripada penjual yang kualiti hidupnya sama seperti dirinya sendiri. Sebagai contoh, orang jujur jarang membeli daripada penjual yang berhati busuk (melainkan terpaksa). Bukan sebab hati penjual tu busuk, tapi sebab secara umumnya manusia suka berurusan dengan orang sepertinya.
Bina Kredibiliti Positif
Jika dahulu anda perlu memenagi anugerah berprestij, anugerah ternama atau pun gelaran termulia nak buktikan anda ini betul-betul orang terpecaya, kini tidak lagi. Blog membolehkan peniaga kecil-kecilan mendidik bakal pelanggan yang anda juga berkelayakan dan terpecaya. Caranya, berikan mereka tips berkaitan yang berguna.
Pelanggan yang berminat dengan sesuatu produk kini lebih gemar membeli daripada orang yang betul-betul berkelayakan dan berilmu dengan minda positif daripada juru jual yang hanya mengejar sasaran jualan. Sebabnya, lebih ramai pengguna bijak lagi cerewat yang inginkan lebih nilai untuk wang yang mereka belanjakan.
Kepercayaan Pengguna
Kepercayaan adalah asas setiap urusan jual-beli. Malah, kepercayaan juga adalah asas bagi apa jua jenis matawang dunia. Oleh itu, transaksi yang berkualiti dan berkekalan mesti ada unsur sebegini. Dengan adanya blog yang berkesan, peniaga yang menonjolkan pegangan hidup yang berkualiti biasanya bakal meraih jualan tertinggi.
Rahsianya, kebanyakan pengguna moden sanggup bayar lebih untuk sesuatu yang pasti berbanding produk murah yang berkemungkinan berkualiti rendah. Justeru, khidmat lepas jualan sangat penting. Jika mereka tahu peniaga tersebut memiliki blog, lebih mudah untuk mereka hubungi pemilik jika berlaku sebarang ketidak-puashatian.
Dah yakin blog itu penting untuk peniaga offline?
Stay tune kalau nak tahu ciri-ciri blog peniaga yang sangat digemari oleh pelanggan, pengguna & rakyat umum.







{ 3 comments… read them below or add one }
100% setuju…. Dunia sekarang Dunia Teknologi… W’pun
kita berniaga offline, Tetapi Blog Online amat perlu untuk
menghebahkan kepada seluruh dunia tentang kewujudan bisnes kita…
Contoh: Macam Saya…saya Menerima Tempahan Baju dan juga
menganjurkan Kelas Asas menjahit Baju dan juga Tudung. Dengan
Mempunyai Blog Online, impak yang Besar ,ramai Customer / Student
saya yang mengetahui perkhidmatan saye melalui Blog Online …dan
datang kepada saye untuk tempah baju/tudung dan belajar
Menjahit…amat bersyukur….
Setuju sangat dengan apa yang puan huraikan. Blog adalah
the best platform to do an online business. Ini adalah antara
teknik yang masih ramai belum grab the opportunity org kata hehe…
Anyway good info Mam =)
saya berminat nak buat online bisnes tapi tak tau apa barang nak dijual dan tak tau macamana nak start.please bagitau tips macamana nak mula?semangat betul na buat bisnes online nie tapi ilmu pengetahuan takde.