Kelebihan Buat Duit Dengan Adsense Yang Paling Utama

by Mommy Lyna

Kelebihan buat duit dengan adsense yang paling utama ialah anda tak payah susah-susah fikir bagaimana nak jual barang. Masalah utama kalau orang yang baru nak berniaga ialah mereka tak tahu bagaimana nak jual. Lebih-lebih lagi kalau kerjayanya sangat profesional seperti peguam, jurutera, akauntan dll. Kalau disuruh jual sesuatu, perkara pertama yang terlintas difikiran pasti “malu la”.

Betul kan?

Kita rasa sangat malu nak jual sesuatu sebab menyampah dengan cara penjual langsung (Direct Seller) yang jual barang macam peminta sedekah. Oleh kerana kerap melihat golongan ini di mana-mana, kita sangka kalau nak jual sesuatu sebagai peniaga atau usahawan perlu berkelakuan sebegitu.

Dalam dunia Internet juga begitu.

Kita pasti biasa melihat mana-mana blog atau laman web yang tak habis-habis mempromosi produk mereka sehingga membuatkan kita naik menyampah. Walaupun sebenarnya disebabkan teknik penjualan mereka yang kurang tepat, tapi kita percaya dengan cara itu saja lah nak jual barang.

Ini membuatkan kita cuak nak berniaga.

Dengan Adsense, anda tak perlu susah-susah fikirkan masalah ini. Sebab, buat duit dengan Adsense tak perlukan banyak teknik menjual. Cukup sekadar tulis artikel, terbitkannya dalam laman web atau blog dan tunggu duit Adsense masuk.

Memang betul senang.

Cuma kalau nakkan kuantiti yang banyak, anda perlu mahir teknik menguasai rahsia buat duit dengan Adsense. Mula-mula, anda perlu tahu pasaran yang menguntungkan (bayaran yang tinggi tapi kurang saingan), kuasai jenis penulisan yang menarik (tak perlu terlalu teknikal) dan tahu teknik pemasaran Internet yang boleh menguasai pasaran.

Sebab itulah kebanyakan “guru” yang kaya raya buat duit daripada Internet sekarang ni hampir semuanya bermula dengan Adsense. Bila dah kuasai Adsense, kemahiran untuk buat duit cara lain (seperti buat duit dengan Affiliate, buat duit dengan eBook dll) sangat mudah.

Walaupun ada banyak lagi kelebihan lain, sebab tak perlu jual apa-apa yang paling saya suka. Ini bermaksud, anda tak perlu fikir produk apa nak jual, tak perlu risau modal yang tinggi buat beli stok atau susah-susah fikir teknik menulis untuk menjual; yang boleh jadi sangat sukar untuk dikuasai.

Jika anda berminat nak buat duit dengan Adsense, masih belum terlambat untuk menghadiri Bengkel Adsense 101 ini.

Langgan melalui RSS atau Emel:

{ 9 comments… read them below or add one }

joyiman March 6, 2011

untuk blog berbahasa melayu/malaysia googel adsense tak diterima

Reply

maxmonic August 6, 2011

Jual barang memang malu, tapi mana2 sumber keuntungan di dunia ni pun hanya berpunca daripada jualan barang atau pun jualan informasi.

Kalau x ade org nak jual barang /informasi dekat internet, adsense memang x akan wujud.

Reply

Kaio August 26, 2011

saya pernah nak buat adsense tapi tak boleh sbb dia kata
unsupport language. mcam mana eh?sedeyyhh…

Reply

Mommy Lyna September 6, 2011

Cuba buat blog baru dalam BI

Reply

zack September 7, 2011

Dulu memang mahsyuk Adsense dengan YSM… sekarang jatuh merudum :(

Reply

Mommy Lyna September 9, 2011

Kenapa begitu?

Reply

Ahmad Parid September 20, 2011

Mengarut je la AdSense ni.

Reply

Nadri November 28, 2011

Insyaallah bln dpn dah boleh cashout dr akaun Adsense…kena tunggu setahun br nampak hasilnya…

Reply

fikri91 December 1, 2011

dulu pernh kumpul sampai 5usD..
tapi ntah kenapa google block, blog saya…
sedih tak terhingga

Reply

Leave a Comment

Previous post: