Bina laman web, web jualan atau blog memang sangat mengasyikkan. Jika ianya blog peribadi, saya kira tiada masalah jika anda meneruskan keasyikan (a.k.a syok sendiri) sampai bila-bila. Namun, keadaan berubah jika ianya digunakan untuk buat duit online.
Tidak dinafikan, laman web, web jualan mahu pun blog memang penting. Namun begitu, sebagus mana pun laman web, web jualan atau pun satu-satu blog, kesannya cuma 10-20% daripada usaha keseluruhan. Maknanya, jika anda mengambil masa sebulan untuk membina satu laman web, anda perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya lima atau sembilan bulan seterusnya untuk usaha pemasaran sebelum dapat meraih keuntungannya.
Membina laman web memang memerlukan kemahiran teknikal dalam banyak perkara; daripada cuba memahami cPanel server individu, mempelajari kod asas html hinggalah kepada pemilihan unsur grafik yang sesuai lagi menarik.
Oleh itu, memang mudah untuk kita ‘jatuh cinta’ dengan laman web yang dibina sendiri setelah berhempas pulas memahami bahasa-bahasa IT. Sebab cinta yang terlalu mendalam, kita tak sanggup tengok laman web tersebut terlalu simple. Akibatnya, kita hanyut membina laman web yang mungkin sangat hebat pada pandangan mata kita tapi tanpa kita sedari, pelawat langsung tidak menghargainya.
Dan apa yang sering berlaku ialah kita mudah kecewa apabila laman web yang sangat gah pada pandangan mata kita tidak mendatangkan sebarang pulangan; walaupun sebenarnya usaha pemasaran tidak cukup selari dengan usaha pembinaan laman web tadi.
Bagaimana cara mengatasinya?
Biasanya, saya akan mengatur strategi jualan terlebih dahulu sebelum membina sebarang laman web atau blog. Daripada strategi yang dihasilkan, kita boleh bezakan keperluan dan kehendak dalam membina laman web itu tadi. Justeru, keutamaan membina laman web terarah kepada aspek-aspek keperluan dengan kerja-kerja “kehendak” disambung semula bila semua dah stabil. Biasanya kerja-kerja touch-up hanya akan dilakukan waktu lapang.
Jika anda betul-betul gerun mendengar perkataan teknikal seperti sub-domain, cPanel, plugins, html, auto-responder dan shopping-cart, ada baiknya anda outsource-kan saja kerja-kerja membina laman web kepada yang pakar. Penjimatan masa boleh gunakan untuk mengukuhkan lagi kerja-kerja pemasaran yang mana kesannya jauh lebih penting daripada laman web tu sendiri.







{ 9 comments… read them below or add one }
hahasetuju. kna batang hidung sebijik.
)
salam,
hah sayelah tu kot…hehehe…siriyes mmg jatuh cintan design2 blog/website nih ..
eh bile akk bukak cwgn blog baru ni ? cayalah !
Itula, kena bezakan mana keperluan & kehendak dalam business ni. Kalau tak, hanyut dengan yang tak perlu tak jadi kerja nanti…
salam
aaa betul tu…kalau asyik mncari kecantikkan jee..sampai bile ye nak buat sale.. nasihat pd diri sendiri ni
Askm. Saya nak tau, kalau buat perniagaan online ni, mesti
didaftarkan ke ssm jugak ke?
w’slm Diani, apa-apa perniagaan (produk/servis sendiri) pun perlu reg dgn ssm. Jika begitu, online hanya salah satu dari banyak2 cara pemasaran. Tapi kalau setakat buat duit online dengan ambil komisen tak perlu pun. Contoh mudah jual produk MLM. Kalau ada customer complaint produk, syarikat MLM tu yang tanggug.
asyik pikir pasal duit , saya ada 1 blog tulis tentang pendididkan, cinta dan macam 2 lagi tapi x pernah letak iklan atau mengambil kesempatan, bagi saya duit x penting bukan boleh bawa masuk kubur skali, kalo nak masuk kubur jugak masukkanlah…… saya lebih suka memberi manfaat kepada pembaca bukan ambil kesempatan untuk jadi kaya, kalo beginilah blogger zaman skrg akan hancurkan kualiti blogger, sbb suatu masa dulu kami semua suka dgn sifat I gift you free you don’t need pay me,
berbeza zaman blogger skrg I want your money, I begging please click me
woh, nama fatin liyana tapi emel amirah@xxx. boleh kongsikan blog tentang pendididkan, cinta dan macam 2 lagi tu? sebab blog fatin liyana tu macam ade iklan ja.
letak iklan mungkin dilihat sebagai mengambil kesempatan, tapi saya fikir tiada masalah menjana pendapatan dari apa yang kita tahu. seorang akauntan pun takkan sanggup sediakan perkhidmatan tanpa sebarang bayaran.
cakap pasal ambil kesempatan, hmm, mungkin saya tak cukup ambil kesempatan sepenuhnya dari blog ni. tadek lagi iklan luar dari blog ni.
kena usaha uat marketing dr touch up blog..he he he..
{ 1 trackback }