Cara Buat Duit Adsense Tanpa Blog Atau Laman Web Sendiri

by Mommy Lyna

Memang benar wujud cara buat duit adsense tanpa blog atau laman web sendiri. Tanpa blog sendiri yang saya maksudkan termasuk tidak perlu membina blog di Blogspot, WordPress, Joomla, Drupal dan lain-lain platform berblog. Tanpa laman web di sini termasuk tidak perlu daftar domain, tidak perlu beli hosting dan yang paling penting, tak perlu tulis artikel.

Sudah bersedia?

Rahsia buat duit Adsense tanpa blog atau laman web ialah dengan menyertai laman web atau forum jenis perkongsian pendapatan iklan. Katakan anda baru menyertai forum ABC.com yang menggunakan konsep perkongsian pendapatan iklan, anda akan diberi peluang untuk memasukkan kod Adsense (ini boleh didapati di bahagian atas belah kanan. Sebagai contoh PUB-xxxxx) dalam salah satu maklumat peribadi.

Selesai urusan pendaftaran, iklan Adsense anda akan dipaparkan dalam forum tersebut secara bergilir-gilir dengan peserta forum lain yang juga meletakkan kod Adsense mereka. Jika ada pembaca forum yang klik pada salah satu iklan Adsense; dan kebetulan iklan tersebut milik anda, anda akan dibayar untuk setiap klik yang sah.

Mudah bukan? Antara laman web yang menyediakan perkhidmatan ini ialah DevilsWorkshop, SheToldMe, Flixya, Simpy, Forum KernelTrap dll. Namun perlu diingat, setiap laman web memiliki terma dan kondisi yang berbeza-beza.

buat duit google adsense tanpa website blog

Ada yang memberikan anda hak 100% untuk setiap pendapatan yang diperolehi daripada laman web terbabit. Ada juga yang mengenakan caj perkhidmatan dan penyelenggaraan 20-50% daripada pendapatan Adsense yang anda terima daripada laman web tersebut.

Tak kurang juga yang menetapkan iklan Adsense anda hanya akan terpapar untuk artikel, video atau gambar yang anda sumbangkan. Lebih banyak artikel sumbangan anda, lebih tinggilah kemungkinan untuk menjana pendapatan Adsense yang memberangsangkan.

Tidak dinafikan, kelebihan utama buat duit online sebegini ialah kebolehan menjana pendapatan tanpa sebarang usaha membina laman web atau blog sendiri. Namun, terdapat beberapa kelemahan yang membuatkan saya berhenti menggunakan teknik ini,

buat duit adsense tanpa blog websitePertama, bagi meningkatkan kemungkinan orang klik pada iklan Adsense anda, nak tak nak anda perlu promosi laman web terbabit sebaik mungkin. Anda perlu mempromosi artikel anda dan juga laman web terbabit pada masa yang sama.

buat duit adsense tanpa blog websiteKedua, disebalik usaha gigih yang anda salurkan, hakikatnya, anda bukan pemilik laman web tersebut. Justeru, anda terhad kepada pendapatan Adsene sahaja di mana terlalu banyak cara lain nak buat duit online jika anda memiliki laman web sendiri, terlepas.

buat duit adsense tanpa blog websiteKetiga, berdasarkan ujikaji yang saya lakukan, jumlah pendapatan Adsense cara sebegini sangat sikit; sesikit USD0.01 seminggu atau paling banyak pun cuma USD5 sebulan. Bayangkan anda perlu tunggu sekurang-kurangnya 20 bulan untuk cek pertama Adsense!

Namun, saya kira masih bagus jika anda gunakan teknik ini sambil-sambilan. Kalau ada iPhone, bosan-bosan mesyuarat di pejabat boleh juga buat kecoh dalam forum terbabit. Cuma, janganlah meletakkan harapan terlalu tinggi dengan cara ini. Takut kecewa kemudian hari.

Langgan melalui RSS atau Emel:

{ 4 comments… read them below or add one }

tinta emas January 8, 2011

tak pernah tahu pun teknik macam ni ada. tapi takut gak nak
buat. nati kena ban lak. nak daftar adsense pun kena ade web
sendiri.

Reply

mj January 23, 2011

sekarang ni google adsense dah makin banyak peraturan.
Tambah lagi google adwords. Silap sikit jer. dah di banned
selama-lamaya.nasihat saya hati hati. dapatkan maklumat sebanyak
mungkin sebelum cuba

Reply

Ummi Hanie October 22, 2011

baru tau ade teknik ini …

thanx mama hafiy ;)

Reply

Fauzi ahmad November 15, 2011

Ini teknik yang belum pernah saya lakukan, kalau boleh senarai lagi forum yang buat servis ini

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: