Buat Duit Jual Ebook: Fahami Psikologi Umum Pembeli Ebook

by Mommy Lyna

Buat duit dengan menjual eBook memang sangat menarik. Tidak seperti zaman dulu-dulu, kini sesiapa pun boleh terbitkan bukunya sendiri. Tinggal nak ke tak je.

Sebelum anda mulakan usaha menerbitkan eBook sendiri, beberapa konsep asas perlu difahami sebaik mungkin. Dan perkara paling asas yang perlu anda fahami ialah Kenapa Orang Membeli eBook Berbanding Buku Fizikal?

buat duit jual ebookSaya sendiri sangat suka membeli, membaca dan melanggan eBook kerana maklumat yang terkandung di dalamnya sangat baharu (fresh). Lagipun, antara sebab ianya dibukukan dalam bentuk produk digital (iaitu eBook yang sedia untuk dimuat turun) dan bukan produk fizikal (iaitu buku atau CD yang dijual di toko-toko buku ternama) adalah kerana masa yang diambil untuk menghasilkannya jauh lebih rendah.

Penulis tak perlu melalui tapisan beberapa editor dan juga tidak perlu tunggu masa yang lama untuk bukunya siap dicetak. Oleh itu, maklumat terbaru dapat disampaikan kepada pengguna secepat mungkin.

buat duit jual ebookPembaca eBook lebih gemar membaca kisah orang biasa yang melaluinya sendiri daripada pengalaman orang ternama. Sebagai contoh, antara kisah seorang tukang sapu yang kaya raya menjual keropok lekor dengan kisah anak menteri yang kaya menjual kereta besar, mana satu yang anda lebih minat? Ataupun kisah permaisuri raja yang menyusukan puteranya berbanding kisah ibu bekerja yang juga menyusukan anaknya?

Sebagai rakyat biasa, pembaca lebih mudah menerima kisah seseorang yang setaraf dengannya. Walaupun tidak dinafikan orang ternama juga berusaha gigih, namun bukan mudah untuk pembaca mengaitkannya dengan kehidupan seharian mereka. Ini kerana, di sebalik pemikiran pembaca pasti ada persepsi “dia anak raja, lain la. Aku rakyat biasa” etc.

buat duit jual ebookeBook lebih mudah di kemas kini sekiranya terdapat maklumat terkini. Selesai eBook tersebut dikemas kini, penulis hanya perlu menghantarkan eBook versi terbaru menerusi pembeli emel tanpa sebarang kos atau kos yang sangat rendah. Tak mungkin ini dapat dilakukan jika penulis menjual buku fizikal. Kos mencetak buku baru perlu ditanggung oleh pengguna. Justeru, pembeli perlu membeli buku yang baru jika ingin kekal updated.

Jadi, jika anda betul-betul serius ingin menjana pendapatan dengan menjual eBook, pastikan anda pertimbangkan faktor-faktor di atas. Jika eBook anda tak mampu menyaingi produk buku fizikal yang kini melambak di pasaran, hampir pasti hasil jualan eBook tersebut kurang memberangsangkan.

Seboleh mungkin anda perlu atasi kelemahan utama eBook; ia tak dapat dibelek sebelum dibeli. Tips menjual eBook seperti Penulis Ebook mungkin dapat membantu. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Langgan melalui RSS atau Emel:

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: