Bengkel Adsense 101

Kelas Adsense 101 untuk siri WOHOWO akan diadakan pada:

Tarikh: 26-27 Februari, 2011 (Sabtu & Ahad)
Masa: 9.30am-5pm
Tempat: ScriptoryBox, Puchong (peta di sini)

Apa yang bakal anda pelajari adalah seperti berikut:

buat duit jual ebookMencari Pasaran Adsense yg Menguntungkan

Mencari pasaran Adsense yang menguntungkan tak cukup sekadar mengetahui kata kunci yang mahal-mahal sahaja, anda juga perlu tahu jika kata kunci mahal yang anda cari betul-betul berbaloi. Tapi bagaimana nak tahu kata kunci yang anda jumpa betul-betul berbaloi?

buat duit dengan adsenseMenilai Kekuatan Pesaing yg Anda Bakal Saingi

Tahu kata kunci saja tak cukup, anda juga perlu tahu menilai kadar kekuatan saingan yg bakal anda hadapi jika anda memilih pasaran tersebut. Gagal memahami kekuatan saingan hanya mengakibatkan laman web Adsense anda gagal dalam promosi.

buat duit dengan adsenseStrategi Pemilihan Domain yg Menjimatkan Promosi

Saya akan ajar anda bagaimana kaedah sebenar memilih domain. Ia bukan seperti yang anda fikir; memilih domain berdasarkan nama anda, nama perniagaan berdaftar mahupun domain yang anda rasa menarik. Salah memilih domain menyulitkan web positioning anda.

buat duit dengan adsenseSusunan Struktur Laman Web Golongan Professional

Pembinaan laman web yang membabi buta hanya akan menghadkan keuntungan Adsense anda. Anda akan diajar bagaimana menyusun laman web yang mengutamakan kata kunci yang mahal-mahal. Tanpa teknik ini, sia-sia usaha anda mencari kata kunci yg mahal-mahal.

bengkel buat duit adsenseMenulis Artikel Berkualiti yg Mesra Enjin Carian (SEO)

Menghasilkan artikel berkualiti tinggi memang sangat disukai Enjin Carian seperti Google & Yahoo. Namun, jika tidak dioptimumkan agar mesra enjin carian (SEO-Friendly), artikel tersebut hanya akan tenggelam dalam ribuan jika bukan jutaan saingan lain.

bengkel buat duit dengan adsensePosisi Iklan Adsense yg TERBUKTI di Klik Pelawat

Akan saya kongsikan jenis dan lokasi adsense yg paling suka di klik oleh pengunjung. Akan saya ceritakan juga posisi iklan yg paling jarang di klik oleh pengunjung agar anda boleh jauhinya sejak hari pertama. Juga posisi Adsense yg boleh membuatkan akaun Adsense anda digantung.

bengkel buat duit dengan adsenseKaedah Promosi yg MURAH Tapi Berkesan & Berkekalan

Blog hopping hanya berkesan jika tujuan anda berblog sekadar suka-suka kerana sifatnya yang agak sementara. Jika anda benar-benar inginkan pendapatan Adsense yang sangat lumayan, anda perlukan cara yang lebih strategik. Ini melibatkan backlink berguna yg banyak.

bengkel buat duit online adsenseMeningkatkan Prestasi Adsense Agar Lebih Menguntungkan

Ramai tak tahu kepentingan review semula laman web mereka. Lebih menyedihkan, mereka sendiri tak tahu apa yang perlu dijejak, dikesan & dilakukan. Saya akan ajar bagaimana meningkatkan keuntungan dengan jumlah trafik yg sama.

buat duit dengan adsenseKepelbagaian Model Perniagaan Adsense yg Di Sukai Pelawat

Di sini akan saya bongkarkan bagaimana memaksimakan keuntungan Adsense dengan kredibiliti yang anda dah bina sejak hari pertama. Pelawat sukakan tawaran yg pelbagai. Dengan cara ini, anda boleh “guna semula” trafik yang anda perolehi untuk terus-menerus klik.

buat duit adsenseTeknik Menghasilkan Artikel Tanpa Perlu Menulis

Banyak keluhan yang saya terima jika tidak mahir Bahasa Inggeris tapi mahukan pendapatan Adsense yg lumayan. Dalam bengkel Adsense 101 ini akan saya tunjuk cara mendapatkan artikel tanpa menulis apa-apa. Juga, kaedah percuma menghasilkan artikel berkualiti.

Ya, memang benar. Terlalu banyak topik yang perlu di habiskan. Sebab itu saya memperuntukkan satu hari setengah agar anda ada maca yang cukup untuk memahami segala konsep penting buat duit Adsense.

Oh ya, jika anda ada sebarang persoalan, anda tak perlu tunggu apa-apa lagi. Tanyakan terus kepada saya waktu kelas nanti. Lebih baik jika anda senaraikan segala persoalan yang terbuku dihati agar tidak lupa untuk bertanya nanti.

Anda layak untuk sertai program Adsense 101 ini jika anda,

buat duit adsensebertungkus-lumus nak buat duit Adsense tapi masih gagal meraih pendapatan 3 hingga 5-angka sebulan. Selepas tahu teknik sebenar buat duit dengan Adsense, usaha keras anda boleh disalurkan kepada teknik yang terbukti berkesan sahaja.

bengkel adsense kuala lumpurcemburu melihat orang lain buat beribu (or even berpuluh ribu) ringgit daripada Adsense tapi kelihatan santai. Anda juga boleh bermalas-malas selepas kerja keras di peringkat awal kerana konsep leverage yang saya kongsikan.

bengkel adsense selangorsuri rumah atau merancang untuk mengambil cuti yang lama (eg. cuti selepas bersalin). Jika kena caranya, peluang cuti panjang anda boleh dimanfaatkan untuk memulakan perniagaan pertama yang menguntungkan!

bengkel buat duit adsense malaysiapemilik perniagaan offline tapi ingin mempelbagaikan sumber pendapatan. Tidak seperti mengurus perniagaan offline, perniagaan Adsense ini tidak memerlukan komitmen fizikal anda. Sambil tunggu pelanggan pun boleh buat.

buat duit adsensepekerja part-time yang inginkan pendapatan full-time. Anda mungkin dibayar gaji RM1,000 sebulan hasil kerja sambilan di restoren atau kedai-kedai berdekatan. Apa salahnya mencuba satu lagi perniagaan secara sambilan?

Jika anda benar-benar berusaha, saya pasti anda juga boleh berjaya. Lebih manis, jika anda tempah tempat duduk bengkel Adsense 101 sisi WOHOWO hari ini, akan saya hadiahkan bonus terpilih yang tentunya akan memudahkan urusan perniagaan Adsense anda.

Malah, anda boleh gunakannya sebaik sahaja selesai bengkel Adsense 101 nanti!

Bonus #1: Hosting PERCUMA (Bernilai RM149)

buat duit dengan adsense hostingNah, ini bukan sebarang hosting. Hosting ini saya sediakan khas untuk sesiapa yang ingin menjana pendapatan Internet. Hosting dengan storage 1Gb serta bandwidth 10Gb ini lebih daripada cukup untuk membantu perniagaan Adsense anda. Jaminan 99.9% server uptime membuatkan laman web yang anda bina boleh dilayari 24-jam tanpa gangguan.

Tambahan pula, anda boleh gunakan hosting tersebut untuk unlimited domain, unlimited sub-domain, unlimited akaun emel, unlimited MySQL database dan banyak lagi! Sebagai pelanggan Hafiy Hosting ini, anda juga berhak menikmati kelas cPanel percuma di ScriptoryBox yang bakal berlangsung kelak. Dalam kelas cPanel nanti anda akan diajar tentang FTP, fantastico, pembukaan akaun emel dll. Klik sini untuk Maklumat lanjut hosting yang ditawarkan. Rujuk kepada Pakej Starter.

.

Bonus #2: Domain PERCUMA (Bernilai RM50)

buat duit dengan adsense bengkelSelesai anda pelajari modul ke-3 berkenaan strategi pemilihan domain, anda boleh terus daftar domain .com .net .org .biz atau .info yang anda gemari. Jika anda sertai bengkel Adsense 101 sekarang, anda tak perlu bayar apa-apa untuk domain tersebut kerana kos pembelian domain untuk tahun pertama akan saya tanggung. Namun perlu diingat, domain PERCUMA ini tidak termasuk pendaftaran domain Malaysia seperti .com.my .net.my .org.my dan .my kerana saya kira ia domain sebegini tak sesuai untuk pendapatan Adsense.

.

Bonus #3: Perlindungan WHOIS (Bernilai RM30)

buat duit dengan adsenseJika anda membina laman web atau blog untuk Adsense atau Affiliate semata-mata, anda memerlukan perlindungan WHOIS agar tak siapa tahu identiti sebenar anda. Jika tidak, maklumat peribadi anda seperti nama penuh, alamat rumah, no telefon serta alamat emel terdedah kepada hackers dan pesaing terdekat. Kerana saya juga inginkan yang terbaik buat anda, saya sertakan juga perlindungan WHOIS untuk tahun pertama percuma!

.

Bonus #4: Pemasangan Blog (Bernilai RM50)

buat duit dengan adsense bengkelHentikan pembelian eBook atau video yang mengajar pemasangan blog semata-mata kerana saya sendiri akan memasang blog WordPress anda yang pertama dengan percuma. Semua blog yang saya miliki menggunakan platform WordPress kerana kelebihannya yang tak dapat ditandingi oleh blogging platform yang lain dan saya sangat menyarankan anda juga menggunakannya.

Dengan khidmat pemasangan blog WordPress percuma ini, anda tak perlu lagi risau memikirkan langkah-langkah pemasangan blog WordPress menggunakan FTP atau fantastico. Selesai pemasangan blog, anda hanya perlu ubah default setting, template atau theme yang anda suka.

.

Bonus #5: Khidmat Sokongan (Bernilai RM70)

bengkel buat duit adsenseSememangnya anda akan faham apa yang diajar dalam kelas nanti. Namun, kadang-kadang masalah hanya akan timbul setelah anda cuba sendiri segala teknik yang diajar. Jika anda tempah tempat duduk dalam bengkel Adsense 101 hari ini, anda akan diberikan 7 emel sokongan percuma yang anda boleh gunakan untuk tempoh 60 hari selepas bengkel; mana-mana yang dahulu. Dengan adanya khidmat sokongan sebegini, anda bebas bertanya sebarang kemusykilan atau permasalahan yang dihadapi selepas bengkel.

.
.

.Bonus-bonus ini sahaja bernilai RM349.

.

Anda tentu tertanya-tanya berapa pula kos menyertai bengkel Adsense 101 ni.

Penasihat perniagaan yang saya upah (khas untuk membuat kajian pasaran) menyarankan agar kursus ini dikenakan bayaran RM1,499. Katanya, produk sebegini memang dicari-cari rakyat Malaysia; lebih-lebih lagi dengan bonus percuma yang saya berikan.

Masalahnya, harga tersebut membuatkan orang kebanyakan tak mampu nak sertai, justeru menidakkan tujuan utama saya untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia. Oleh itu, saya menetapkan bayaran untuk bengkel Adsense 101 sehari setengah ini separuh daripada apa yang disarankan penasihat perniagaan tadi; RM749 sahaja. Bayaran ini diturunkan kerana saya tidak perlu menampung kos penyediaan komputer. Penjimatan ini saya salurkan terus kepada anda.

Tapi saya harap anda membawa laptop sendiri untuk ke bengkel ini agar lebih mudah untuk anda bookmark apa saja laman web & tetapkan setting komputer jika perlu. Juga lebih selesa rasanya jika menggunakan laptop sendiri berbanding jika menyewa komputer lapuk yang mungkin asyik hang saje.

Dan 10 peserta pertama yang mendaftar berhak menikmati diskaun 40% atau penjimatan RM350! Jadi, anda hanya perlu membayar RM399 sahaja untuk bengkel Adsense 101 ini. Dan jika anda datang bersama pasangan (suami/isteri), lagi diskaun RM100 diberikan. Jadi anda hanya perlu membayar RM698 untuk anda sertai bengkel Adsense 101 ini bersama pasangan. Betul, anda dan pasangan masing-masing menikmati bonus-bonus di atas secara individu!

Oleh sebab sifat ScriptoryBox ini mesra keluarga, anda boleh bawa anak bersama. Namun disarankan agar dibawa bersama penjaga agar anak anda terkawal dan anda juga boleh fokus kepada pengajaran yang bersifat teknikal ini.

Peluang terhad ini terbuka selagi masih ada kekosongan.

Jika anda serius inginkan pendapatan sampingan Adsense yang lumayan, saya cadangkan agar anda tempah tempat duduk anda sekarang juga bagi menikmati penjimatan menjadi 10 orang pertama. Masukkan Nama & Alamat Emel anda di bawah untuk penempahan. Hubungi saya Di Sini untuk sebarang pertanyaan.

Salam Sukses


Mommy Lyna
Penganjur Bengkel Adsense 101
Siri WOHOWO 2011
Langgan melalui RSS atau Emel: