Bagaimana Nak Mula Buat Duit Online Beribu Ringgit?

by Mommy Lyna

Soalan bagaimana nak mula buat duit online adalah yang paling popular sejak pertengahan bulan lepas. Pilihan yang terlalu banyak memang amat mengelirukan, terutamanya bila kita sendiri tidak pasti apa sebenarnya yang perlu dilakukan.

Tambahan pula, “Guru” atau “Taiko” buat duit yang muncul seperti cendawan tumbuh lepas hujan membuatkan kita mudah rasa ragu-ragu jika tawaran mereka benar-benar berkesan atau sekadar melepaskan batuk di tangga.

Saya mula buat duit online menerusi Google Adsense, dan saya sangat menyarankan anda juga bermula dengan platform yang sama. Anda mungkin tertanya-tanya kenapa Google Adsense? Apakah Adsense cara buat duit online yang terbaik? Atau sebab cara buat duit Adsense adalah yang paling mudah?

Pertama, cara buat duit online dengan Google Adsense ini antara yang paling mudah kerana tidak banyak ilmu teknikal yang anda perlukan untuk mula menjana duit online. Apa yang anda perlukan hanyalah artikel di laman web atau blog yang ada iklan Adsense di dalamnya. Selepas itu, anda hanya perlu promosi untuk tarik pelawat dengan harapan mereka klik pada iklan Adsense tersebut.

Mudah bukan?

Kedua, anda juga tidak memerlukan kepelbagaian dalam kemahiran menulis untuk buat duit dengan Adsense. Sebagai contoh, penulisan untuk menjual produk sangat jauh berbeza dengan bentuk penulisan blog peribadi. Dan penulisan untuk mempromosi produk juga sedikit teknikal berbanding penulisan umum untuk Adsense. Kepelbagaian teknik penulisan tidak sukar tapi hanya akan jadi mudah jika anda dah biasa menulis.

Justeru, buat duit dengan Adsense adalah langkah pertama yang terbaik. Di samping melatih diri sendiri, anda juga boleh mula jana pendapatan Internet.

Dan soalan, adakah Adsense yang terbaik?

Sudah tentu tidak.

Persoalan cara buat duit online yang terbaik banyak bergantung kepada keutamaan, kebolehan dan kemahuan seseorang. Saya bermula dengan Adsense. Berbekalkan pendapatan Adsense, saya mula menyibuk dengan Affiliate sehingga mendapat pendapatan berganda berbanding Adsense. Selepas itu juga saya mula menjual produk sendiri yang juga jauh lebih menguntungkan berbanding Affiliate.

Semua ini hampir mustahil tanpa duit Adsense pada mulanya.

Dengan Adsense, saya belajar pelbagai teknik buat duit online. Kemudian saya terus maju dengan mempelbagaikan sumber pendapatan online dengan kepelbagaian teknik yang ada. Kepelbagaian buat duit online di sini tidak terhad kepada yang anda biasa dengar; jual tudung di Mudah.my, jual kerongsong di Lelong.com.my atau jual baju bayi di blogspot.

Saya pernah dibayar upah untuk nasihat SEO. Saya juga dibayar komisen sehingga USD15 untuk setiap pelawat yang inginkan maklumat lanjut daripada pemilik produk; tanpa mereka perlu membeli apa-apa! Saya tak fikir ini semua boleh terjadi jika saya tak bermula dengan Adsense. Walaupun mungkin bukan yang paling menguntungkan tapi cukup sebagai ejen pencetus untuk meneruskan kerjaya dalam dunia buat duit online. Jika anda juga inginkan pendapatan lumayan dari Internet bermula dengan Adsense, pastikan anda sertai bengkel Adsense 101 ni nanti.

Langgan melalui RSS atau Emel:

{ 5 comments… read them below or add one }

mj January 23, 2011

terima kasih. Nak cubalah nanti

Reply

sohomom's January 25, 2011

Salam…. Alhamdulillah..saya begitu kagum dan teruja
membaca pengalaman Mommy Lyna membuat duit online…dan ini
membuktikan bukan kaum lelaki sahaja yang berjaya buat duit secara
Online….Wanita Juga BOLEH!!… Dan ini secara tidak langsung
mecetuskan lagi semangat yang berkobar2 kepada saya untuk lebih
berusaha supaya lebih berjaya buat duit online… Saya sangat suka
dan minat dengan Status”BEKERJA DARI RUMAH” dan “BUAT DUIT ONLINE”
. Saya baru sahaja terjumpa laman Mommy Lyna, dan sangat menyukai
dan kagum dengan Penulisan dan Kejayaan yang telah di capai oleh
Mommy Lyna. Saya berharap Kejayaan Mommy Lyna akan berjangkit pada
saya….:))) saya juga tengah usaha untuk meningkatkan income dari
adsense. dan harapan saya semoga dapat menjana income Pasif dari
adsense…YOshh.. Terima Kasih Kerana berkongsi Tips yang berguna

Reply

azmin January 26, 2011

Assalammualaikum.. Menarik dan mudah perjalanan website Pn
Lyna belum saya terjumpa buat pertama kalinya…secara tak sengaja.
Walauapa pun Pn amat berjaya. Saya minat untuk berniaga melalui
internet dan ada sedikit konsep barang utk dijual. Ianya tak perlu
bagi saya menyimpan stok mamadai mendapat tempahan dan pihak
empunya akan hantar melalui kurier. Dalam waktu yang sama mungkin
elok juga saya sertakan link affiliates yang boleh dikatakan ada
kualiti dan x rugi jika dibeli pelanggan. Muskhilnya saya bersetuju
spt permulaan puan, saya sebenarnya keliru mana nak mula
walaupundah ada konsep apa yang nak dibuat. Saya tak tahu pangkal
mana nak mula dulu, mungkin puan boleh membantu memberikad buah
fikiran dan kaedah yang terbaik dengan konsep yang ingin saya
mulakan. Saya di Putrajaya, dan bolehkah saya hubungi Pn ataupun
berjumpa puan pada waktu yang bersesuaian dengan Puan. No HP saya
017-384 46 75, saya amat berharap puan dapat membantu membimbing
saya berniaga dalam internet yang mempunyai pelbagai ruang yang
luas, cuma saya tak tahu nak buat dan tak ada petunjuk. Terima
kasih, wassalam Azmin

Reply

kamarudin2u August 12, 2011

kata nya adsense hanya utk web/blog bahasa inggeris?..betul ke?

Reply

Mommy Lyna August 16, 2011

Lebih elok dlm BI

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: