Azam Tahun Baru Buat Duit Online Mommy Lyna?

by Mommy Lyna

Sejak kecil kita digesa untuk membina azam tahun baru. Tujuannya tidak lain supaya kita menjadi makhluk yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Apa pula azam anda untuk tahun ini? Jika anda begitu menginginkan pendapatan Internet yang masyuk, halal lagi berkekalan, adakah azam tahun baru yang anda tetapkan setiap awal tahun mampu mengubah nasib sendiri?

Ingin saya kongsikan di sini pengalaman azam buat duit online saya sendiri.

Azam Tahun Baru Bila Mencuba: Kisah Lampin Bayi

Waktu mula-mula berkecimpung dalam dunia buat duit online, azam saya hanya sekadar pendapatan sampingan daripada Internet mampu menanggung kos lampin bayi pakai buang. Suami saya pula bermati-mati suruh berjimat dengan memakai lampin guna semula (bukan CD). Aduh, tak larat rasanya nak basuh semua lampin-lampin tu setiap kali anak buang air. Justeru, ini menjadi titik tolak saya berkecimpung dalam dunia buat duit online.

Sebab ingat susah (dan cabaran tak mahu pakai lampin guna semula), saya kerja keras siang malam dan juga hujung minggu untuk mencapai sasaran yang saya sendiri tetapkan. Saya sangat terkejut bila sasaran tersebut saya dapat kecapi dalam masa kurang sebulan. Waktu tu anak sulung saya masih belum dilahirkan lagi!

Azam Tahun Baru Agar Momentum Diteruskan: Makan Mewah

Sebab sasaran awal saya tercapai dalam masa yang singkat, saya terpaksa tingkatkan azam; nak makan luar sekurang-kurangnya 2 kali sebulan. Kebetulan mulai trimester pertama saya tak boleh nak makan nasi; kalau makan saja pasti muntah.

Alih-alih pizza dan spagetti saja yang boleh telan. Terpaksa la suami saya bawa makan Pizza Hut hampir setiap hari! Mujur punca pendapatan Adsense waktu itu cukup kukuh nak menampung perubahan selera makan saya.

Azam Tahun Baru Agar Seronok Tertekan: Hobi Membaca

Membaca memang hobi saya dan suami. Tak cukup yang dijual dikedai, yang hanya jual di Internet pun kami beli. Al-maklum masih muda, terlalu banyak perkara yang perlu dikuasai agar lebih matang menghadapi cabaran masa depan.

Masalahnya, habis beratus kalau bukan beribu ringgit dengan bahan bacaan ni saja. Kalau orang lain tu tak cukup resit buku untuk dijadikan pengecualian cukai, kami pula jual resit pembelian kepada sesiapa yang berminat.

Azam Tahun Baru Gandaan Pulangan: Pelaburan Semula

Selesai bersalin anak ke-2, saya mengambil keputusan untuk cuti tanpa gaji 7-bulan kerana dia anak pra-matang. Saya gunakan waktu cuti sepenuhnya untuk menggandakan pendapatan Internet dengan sasaran baru; perolehan daripada wang sampingan tersebut ingin digunakan untuk tujuan pelaburan.

Memandangkan lokasi kami jauh daripada Kuala Lumpur masa itu, pelaburan saham dilihat sebagai pelaburan yang paling efektif kerana urusan belian & jualan boleh dilakukan melalui telefon & Internet saja. Harga saham juga mudah diperhatikan.

Berbekalkan ilmu yang dipelajari, saya dan suami mengorak langkah baru melabur dalam saham. Hasilnya, wang gandaan hasil pelaburan saham dapat dimanfatkan untuk pembelian hartanah di Kuala Lumpur sejurus lepas kami dipindahkan.

Secara jujurnya, saya tak rasa mampu membeli hartanah yang saya miliki hari ini jika bukan kerana sumbangan daripada pendapatan sampingan melaui Internet. Lebih manis, pulangan pelaburan hartanah pula dibelanjakan untuk membuka kedai sendiri di Puchong. Daripada pendapatan sampingan kepada pelaburan semula dan kini dah sampai ke tahap keuntungan atas pulangan pelaburan.

Azam tahun baru buat duit online terkini saya?

Hanya satu, saya inginkan lebih ramai usahawan Internet dikalangan rakan yang mengenali saya. Kenapa bukan sasaran kewangan yang lain? Jawapannya mudah saja, semakin jauh saya maju dalam dunia buat duit online ini, rasa semakin sunyi.

Bukan sunyi sebab asyik duduk depan komputer saja, tapi sunyi bila tak tahu nak kongsi dengan siapa rahsia atau tips terkini buat duit online. Bukan sebab saya kedekut ilmu, tapi baru nak mula kawan tu dah tak faham apa yang saya katakan.

Mula-mula tu bangga la juga bila rasa kita banyak tahu daripada orang lain, tapi bila direnung dalam-dalam rasa sedih sangat-sangat kerana yang tak faham hanya orang kita. Bangsa lain semua dah lama mula dan kini asyik berbincang sesama mereka tentang teknik terbaru buat duit online. Saya taknak sedih dan lebih penting taknak kawan yang mengenali saya terus tertinggal.

Saya bukan nak kaya sendiri. Duduk banglo KL sendirian tak cukup bagus bagi saya.

Kalau boleh saya nak duduk di Bukit Damansara berjirankan rakan seperjuangan dan sepermainan. Alangkah bagusnya jika saya boleh susup ke dapur anda lepas hantar anak sekolah untuk berbincang (atau bergosip). Anak kita pula seronok bermain dengan jiran sebelah berkongsi barang mainan. Suami kita juga boleh melepak depan rumah (tak perlu ke kedai mamak) berkongsi pendapat kereta baru terbaik.

Ini antara sebab kenapa saya bersetuju berganding bahu dengan Mummy Assie untuk memajukan program WoHoWo dengan Bengkel Adsense 101 sebagai kursus susulan. Namun apakan daya, tak semua memiliki azam atau cita-cita yang tinggi.

Lebih-lebih lagi orang kita lebih selesa menghukum orang yang tekun berusaha sebagai “gila dunia” bagi menutup keaiban sendiri tak buat apa-apa kerana takutkan risiko tak seberapa. Saya pasti anda bukan salah seorang daripadanya; terutamanya jika anda juga salah seorang peserta Bengkel Adsense 101.

Selesai kisah azam tahun baru saya.

Apa pula azam tahun baru untuk buat duit online anda?

Langgan melalui RSS atau Emel:

{ 4 comments… read them below or add one }

suelynnda January 4, 2011

sy mmg ada azam nak buat biz online. cuma tercari-cari
produk yg sesuai aje..huhu

Reply

Mommy Lyna January 14, 2011

kelebihan buat duit dengan adsense, tak perlu ada produk pun…

Reply

jiha January 14, 2011

Salam perkenalan. Sy sgt berminat menceburi bines online bila bc coretan Mommy Lyna. Tp, bkn sng nk sng, btul x? Secara jujurnya, apa yg perlu bila nk mulakan bisnes ini? apa risikonya ? sy bekerja sbg kakitangan kerajaan dan ibu kepada 2 org puteri yg comel. boleh Mommy lyna e-mail sy apakah asas yg diperlukan sblum menceburi bisnes ini. Terima Kasih – Sy juga mempunyai niat bagi menambahkan kos sara hidup yg semakin meningkat ini dan memberi didikan yg berkualiti kpd anak2

Reply

Mommy Lyna January 14, 2011

salam jiha,
byk cara nak buat duit online ni. paling selamat must be bina website or blog guna blogging platform yg percuma macam .blogspot atau .wordpress. betul, bukan senang nak senang. tapi dalam banyak-banyak perniagaan, saya rasa ini antara yang senang sebab tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi. namun, jiha kena kerja keras diperingkat awal membiasakan diri; macam semua jenis perniagaan juga.

asas yg paling penting ialah perlu banyak menulis. saya ada tulis pasal ni di bawah,
=> http://hafiy.com/kelayakan-minimum-kalau-nak-buat-duit-online/

harap membantu ;)

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: