Apa itu Google Adsense? Bagaimana Nak Buat Duit?

by Mommy Lyna

Sebelum cerita lanjut tentang apa itu Google Adsense, pemegang akaun Adsense diberi dua cara untuk buat duit dengannya:

  1. Cost-Per-Click (CPC): kita dibayar jika ada orang klik pada iklan Google Adsense kita. Kalau tiada orang klik, tak dapat apa-apa bayaran.
  2. Cost-Per-Impression (CPM): kita dibayar untuk setiap 1000 kali iklan tu keluar di laman web kita, tak kira la ada orang klik pada iklan tu atau tidak.

Contoh-contoh iklan Google Adsense adalah seperti berikut (ditanda dalam kotak merah-jingga):

1) jenis teks, atau

apa itu google adsense
dan

apa itu adsense
2) banner

apa itu google adsense

Kembali kepada apa itu Google Adsense.

Kalau anda pernah ada blog yang sering dilawati pelayar Internet, pasti anda pernah jual ruang iklan pada blog tersebut untuk sesiapa yang berminat. Kalau blog Malaysia ni biasanya caj RM10 sebulan untuk ruang iklan saiz 125×125. Contohnya seperti gambar di bawah.

apa itu google adsense

Dengan cara ini, anda berurusan terus dengan sesiapa yang ingin mengiklankan produk mereka di blog anda. Tetapi, dengan memberikan ruang iklan tersebut kepada Google Adsense (dengan meletakkan kod Adsense di ruang tersebut), anda tak perlu berurusan terus dengan pemilik produk.

Anda letakkan urusan siapa yang boleh iklan di blog anda kepada Google. Jika pakej yang anda terima adalah jenis CPC, anda akan dibayar setiap kali ada orang klik pada iklan tersebut. Kalau tiada orang yang klik, anda takkan dapat apa-apa. Justeru, sangat penting anda memastikan orang lain yang tengok iklan tersebut pada blog anda untuk rasa berminat untuk klik.

Tapi, kalau dapat pakej CPM, orang tak klik pun boleh dapat duit. Pakej mana yang anda dapat? Itu bergantung bagaimana Google Adsense meletakkan iklan pengiklan. Cuma biasanya, agak jarang nak boleh dapat CPM. Lagi satu, secara kasarnya, pendapatan melalui CPM lebih rendah berbanding CPC.

Semoga ini dapat memberi sedikit gambaran tentang apa itu Google Adsense.

Langgan melalui RSS atau Emel:

{ 10 comments… read them below or add one }

mommy icha January 25, 2011

Alom, ada efek x letak nuffnang dan adsense bersama dalam satu blog/ website?

Reply

Mommy Lyna January 30, 2011

Terlalu banyak iklan CPC boleh jejaskan CTR. Tapi kalau dua-dua dapat CPM, boleh maksimumkan pendapatan dengan letak kedua-duanya sekali.

Reply

Faisal Abdullah January 25, 2011

xde kesan pun

Reply

Mommy Lyna January 30, 2011

Yg mana?

Reply

titan March 19, 2011

ooohhh, inilah google adsense rupanya. Hehe..

Reply

Zainal April 22, 2011

Salam mommy lyna…. saya ada masalah sikit nak mintak
tulung…aritu saya dah register google adsense…pastu dia minta
waiting for approval…arini dia keluar mesej kat bawah The account
associated with publisher ID ca-pub-1106305929354752 has been
disabled nak buat macam mana yer…harap dapat bagi guide

Reply

Mommy Lyna April 23, 2011

Buka akaun gmail yg lain then apply lagi guna blog atau laman web yg lain jugak.

Reply

hisham June 12, 2011

As salam… saya dah lama dengan adsense… tp masih belum ada hasil.. boleh akak bagi tunjuk ajar? blog melayu xboleh pasang iklan adsense ker?

Reply

rizal September 26, 2011

Buat blog ni boleh dapat duit ke saya ada adsense tapi tak dapat pun duit nak kata tak ada orang baca sehari dekat 1000 orang masuk blog saya tapi tak dapat pun orang sekarang dah muak kot lihat iklan adsense dekat blog mereka hanya nak baca isi blog aje sebagai pengetahuan ok kak ada tip kasi tau la newbei ni

Reply

Dyg Lips Adanan November 23, 2011

Saya ada sama masalah dengan Zainal. Saya ada 3 akaun google dan tiga2 tu dah disable untuk google adsense. Google kata, masalah blog saya adalah “bahasa tidak diketahui”. I am using Malay and English. Pelik betul. Kita ada Google Malaysia tapi langsung tak ada bahasa Malaysia untuk provide. Yang ada yang kita tahu berbahasakannya adalah English (UK/US) dan Indonesia…. Kecewalah dengan jawapan Adsense, saya guna nuffnang jer.
Kalau terlampau banyak iklan dalam blog, tak best juga.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: