About

Dikalangan blogger tempatan, saya dikenali sebagai Mommy Lyna. Dan saya bukan jutawan internet yang kaya dengan scam.

Saya mula berkecimpung dengan dunia buat duit online sejak tahun 2007 lagi. Masa tu, harapan saya hanyalah supaya pendapatan sampingan daripada internet mampu menampung kos lampin pakai buang anak sulung saya yang bakal lahir.

Saya sungguh terkejut bila mendapat cek pertama Adsense dalam matawang USD. Saya sangka Google ni tipu je kot nak bagi orang kebanyakan macam saya ni duit sebegitu banyak. Tapi bila saya cuba tuntut wang tersebut di bank, saya memang betul-betul diberi wang RM50 lebih daripada 5 keping! Terus saya simpan sebagai persediaan menyambut kelahiran anak pertama. Lagi best bukan sekali, tapi setiap bulan sampai hari ini!

Menjadi harapan saya agar anda juga yakin bahawa buat duit online dengan duduk di rumah memang benar-benar wujud. Dengan sedikit tunjuk ajar, doa serta usaha gigih anda sendiri, saya pasti anda juga boleh berjaya.  Lagipun, saya juga seperti anda suatu ketika dahulu. Apa sangat la kelebihan saya yang tidak anda miliki. Betul kan?

Saban tahun saya menguji teknik dan cara terbaru buat duit online hingga ia menjadi hobi terbaru saya. Jika anda ikuti setiap artikel padat yang saya kongsikan di blog ini, pasti anda juga teruja. Lebih terkesima jika anda rasai sendiri potensi keuntungannya.

Nak kenal saya lebih lanjut? Lawati blog peribadi saya di MySuperKids.Net. Untuk sebarang soalan, pujian, kritikan atau apa jua komen, hubungi saya DI SINI. Setiap pesanan yang anda sampaikan, amat saya hargai.

.

-Mommy Lyna

Langgan melalui RSS atau Emel:

Leave a Comment