Kelebihan buat duit dengan adsense yang paling utama ialah anda tak payah susah-susah fikir bagaimana nak jual barang. Masalah utama kalau orang yang baru nak berniaga ialah mereka tak tahu bagaimana nak jual. Lebih-lebih lagi kalau kerjayanya sangat profesional seperti peguam, jurutera, akauntan dll. Kalau disuruh jual sesuatu, perkara pertama yang terlintas difikiran pasti “malu la”.

Betul kan?

Kita rasa sangat malu nak jual sesuatu sebab menyampah dengan cara penjual langsung (Direct Seller) yang jual barang macam peminta sedekah. Oleh kerana kerap melihat golongan ini di mana-mana, kita sangka kalau nak jual sesuatu sebagai peniaga atau usahawan perlu berkelakuan sebegitu.

Dalam dunia Internet juga begitu.

Kita pasti biasa melihat mana-mana blog atau laman web yang tak habis-habis mempromosi produk mereka sehingga membuatkan kita naik menyampah. Walaupun sebenarnya disebabkan teknik penjualan mereka yang kurang tepat, tapi kita percaya dengan cara itu saja lah nak jual barang.

Ini membuatkan kita cuak nak berniaga.

Dengan Adsense, anda tak perlu susah-susah fikirkan masalah ini. Sebab, buat duit dengan Adsense tak perlukan banyak teknik menjual. Cukup sekadar tulis artikel, terbitkannya dalam laman web atau blog dan tunggu duit Adsense masuk.

Memang betul senang.

Cuma kalau nakkan kuantiti yang banyak, anda perlu mahir teknik menguasai rahsia buat duit dengan Adsense. Mula-mula, anda perlu tahu pasaran yang menguntungkan (bayaran yang tinggi tapi kurang saingan), kuasai jenis penulisan yang menarik (tak perlu terlalu teknikal) dan tahu teknik pemasaran Internet yang boleh menguasai pasaran.

Sebab itulah kebanyakan “guru” yang kaya raya buat duit daripada Internet sekarang ni hampir semuanya bermula dengan Adsense. Bila dah kuasai Adsense, kemahiran untuk buat duit cara lain (seperti buat duit dengan Affiliate, buat duit dengan eBook dll) sangat mudah.

Walaupun ada banyak lagi kelebihan lain, sebab tak perlu jual apa-apa yang paling saya suka. Ini bermaksud, anda tak perlu fikir produk apa nak jual, tak perlu risau modal yang tinggi buat beli stok atau susah-susah fikir teknik menulis untuk menjual; yang boleh jadi sangat sukar untuk dikuasai.

Jika anda berminat nak buat duit dengan Adsense, masih belum terlambat untuk menghadiri Bengkel Adsense 101 ini.

Langgan melalui RSS atau Emel:

{ 9 comments }

Google Adwords macam tidak berapa popular dikalangan peniaga internet di Malaysia. Mungkin kerana ramai peniaga internet kecil-kecilan Malaysia tidak percaya dengan keperluan membayar untuk setiap klik yang belum tentu menghasilkan sebarang jualan. Sedangkan masyarakat barat sangat sukakan kaedah promosi menerusi Google Adwords.

Apa itu Google Adwords

Google Adwords diwujudkan bagi membantu peniaga atau pengusaha memasarkan produk mereka menerusi Internet. Iklan yang peniaga atau pengusaha tetapkan akan terpapar di enjin carian untuk setiap kata kunci yang mereka sasarkan. Jika pelayar Internet gemarkan iklan tersebut, mereka anda klik pada link terbabit; yang mana pelawat akan dibawa ke laman web pengiklan.

promosi google adwords

Seterusnya, pelawat yang berminat akan membeli jika mereka sukakan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Selain mengiklankan produk atau perkhidmatan di enjin carian, pengiklan juga boleh mengiklankan produk mereka di laman web atau blog orang lain menerusi program Google Adsense (dalam akaun Google Adwords, pilih “ads for content”).

Kelebihan Google Adwords

buat duit google adwordsPengiklan hanya perlu membayar jika ada orang klik pada iklan mereka. Tidak kira berapa kali pun iklan tersebut terpapar di enjin carian atau blog orang lain, pengiklan tak perlu risau membelanjakan duit untuk trafik yang belum datang ke blog mereka.

buat duit google adwordsJika betul caranya, pelawat yang datang ke laman web atau blog pengiklan adalah jenis berkualiti tinggi, bukan jenis “saya datang blog saudari, nanti saudari datang la ke blog saya pula”. Oleh itu, kemungkinan mereka membeli produk adalah sangat tinggi.

Kelemahan Google Adwords

buat duit google adwordsTanpa strategi yang kukuh, anda boleh rugi besar dengan Google Adwords. Sebagai contoh, hasil jualan daripada trafik Adwords adalah RM376 tapi perlu membayar Google RM6,421 untuk semua klik yang anda perolehi. Sadis bukan?

buat duit google adwordsIni boleh terjadi jika anda gunakan pilihan kata kunci atau kombinasi kata kunci yang salah, teknik penulisan iklan yang kurang tepat atau pun strategi bayaran setiap klik yang terlalu mahal semata-mata mendapatkan posisi iklan teratas.

Kunci kejayaan buat duit dengan Google Adwords betul-betul terletak kepada kebolehan pengiklan menyesuaikan trafik berbayar dengan produk yang cukup menguntungkan. Tambahan pula, polisi Google Adwords yang selalu berubah-ubah memaksa pengiklan kekal dinamik bagi menyeimbangkan kehendak Google dan bakal pembeli.

Langgan melalui RSS atau Emel:

{ 2 comments }

Kenapa Peniaga Offline Perlukan Blog Online

January 27, 2011

Kini, sesiapa pun boleh bina blog sendiri. Di sebalik kenyataan ini, kebanyakan peniaga offline (seperti pemilik kedai, CEO syarikat & ejen jualan) masih belum memiliki blog berkaitan industri perniagaan mereka. Antara alasan utama, hasil jualan mereka bukan daripada Internet. Akan tetapi, keadaan pasti berubah sejajar dengan peningkatan kepenggunaan Internet di kalangan rakyat Malaysia. Pelanggan Kenal [...]

Read the full article →

Apa itu Google Adsense? Bagaimana Nak Buat Duit?

January 20, 2011

Sebelum cerita lanjut tentang apa itu Google Adsense, pemegang akaun Adsense diberi dua cara untuk buat duit dengannya: Cost-Per-Click (CPC): kita dibayar jika ada orang klik pada iklan Google Adsense kita. Kalau tiada orang klik, tak dapat apa-apa bayaran. Cost-Per-Impression (CPM): kita dibayar untuk setiap 1000 kali iklan tu keluar di laman web kita, tak [...]

Read the full article →

Tips Memilih Domain Untuk Buat Duit Online

January 18, 2011

Tips memilih domain yang bakal anda baca sebentar saja lagi merupakan pemerhatian daripada beberapa ujikaji online yang saya lakukan. Tips memilih domain ini tidak terhad kepada laman web perniagaan, web jualan mahu pun blog; tetapi untuk apa juga kegunaan yang boleh membantu anda buat duit online seperti forum, direktori, enjin carian dsb. Dot Com Terpendek [...]

Read the full article →

Jangan Buang Masa Bina Laman Web, Web Jualan, Blog

January 14, 2011

Bina laman web, web jualan atau blog memang sangat mengasyikkan. Jika ianya blog peribadi, saya kira tiada masalah jika anda meneruskan keasyikan (a.k.a syok sendiri) sampai bila-bila. Namun, keadaan berubah jika ianya digunakan untuk buat duit online. Tidak dinafikan, laman web, web jualan mahu pun blog memang penting. Namun begitu, sebagus mana pun laman web, [...]

Read the full article →

Bagaimana Nak Mula Buat Duit Online Beribu Ringgit?

January 6, 2011

Soalan bagaimana nak mula buat duit online adalah yang paling popular sejak pertengahan bulan lepas. Pilihan yang terlalu banyak memang amat mengelirukan, terutamanya bila kita sendiri tidak pasti apa sebenarnya yang perlu dilakukan. Tambahan pula, “Guru” atau “Taiko” buat duit yang muncul seperti cendawan tumbuh lepas hujan membuatkan kita mudah rasa ragu-ragu jika tawaran mereka [...]

Read the full article →

Azam Tahun Baru Buat Duit Online Mommy Lyna?

December 31, 2010

Sejak kecil kita digesa untuk membina azam tahun baru. Tujuannya tidak lain supaya kita menjadi makhluk yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Apa pula azam anda untuk tahun ini? Jika anda begitu menginginkan pendapatan Internet yang masyuk, halal lagi berkekalan, adakah azam tahun baru yang anda tetapkan setiap awal tahun mampu mengubah nasib sendiri? Ingin [...]

Read the full article →

Cara Buat Duit Adsense Tanpa Blog Atau Laman Web Sendiri

December 27, 2010

Memang benar wujud cara buat duit adsense tanpa blog atau laman web sendiri. Tanpa blog sendiri yang saya maksudkan termasuk tidak perlu membina blog di Blogspot, WordPress, Joomla, Drupal dan lain-lain platform berblog. Tanpa laman web di sini termasuk tidak perlu daftar domain, tidak perlu beli hosting dan yang paling penting, tak perlu tulis artikel. [...]

Read the full article →

Permohonan Adsense Ditolak. Tips Mendapat Kelulusan Segera

December 23, 2010

Saya ada menerima luahan hati pembaca yang permohonan Adsense mereka ditolak oleh Google. Jika anda juga mengalami perkara yang sama, apa yang anda perlu buat hanyalah cuba memohon lagi sekali. Tapi kali ini, jangan memohon menggunakan laman web atau blog yang sama seperti permohonan pertama yang ditolak. Berikut adalah ciri-ciri yang sangat mudah mendapat kelulusan. [...]

Read the full article →